klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum, malam ini akan diadakan sambutan Nisfu Syaaban di suratu kat kampung areda tapi  tak ley nak join sebab areda berada di poli. ishk kalau taw balik pun okeyh gak.. hurm da terlambat.. Bila bercakap tentang Nisfu Syaaban ni, kita mesti tertanya-tanya apa kelebihannya pada malam tersebut........

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”


 
Betapa hebatnya malam Nisfu Syaaban ni. Agak rugi apabila pada malam tersebut tidak dipenuhkan dengan perkara kebaikan yang semestinya mendapat rahmat daripada Allah SWT. Biasanya pada malam Nisfu Syaaban, akan diadakan bacaan surah Yasin sebanyak 3 kali dengan niat supaya hidup diberkati, ditetapkan iman dan juga keselamatan hidup. Kemudian, diadakan pula solat sunat tasbih 4 rakaat. 


p/s: jom reramai buat kebaikan.. besar ganjaran tue

1 comment:

bunga said...

:)..nice perkongsiaan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz