klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Tuesday, November 29, 2011

Friday, November 25, 2011

CANTEK TAK










First op all areda nak say thanks kat lyssa untuk toturial letak Assalamualaikum nie....
n lagik satu areda nak say sorry kat boy bab letak benda yang sama macam dia..boy bukan aku nak tiru..aku nakletak selamat datang....tapi aku jumpa yang assalamualaikum jer.. jangan marah ha.....
lagi 1 lagi elok letak salam dari selamat datang kan :)

Thursday, November 24, 2011

AKU PASRAH

aku menyangka
dan tidak ku menduga
akhirnya engkau yang berubah
sekelip mata cinta kita terlerai
dihujani dengan linangan air mata

mengapa engkau dustai cinta kita
dimana letaknya janji setia
yang pernah engkau lafazkan sewaktu dahulu
ingin terus hidup selamanya bersamaku
hingga ke akhirnya
tinggalah aku bersama hati yang pedih
terpaksalah ku telan segala kepahitan
sehingga kering air mataku menangis
bila aku kenangkan nasib yang telah menimpa diriku ini

biarkan lah ku sendiri
meneruskan hidup tanpa mu disisi
relakan dikau pergi 
andai itu nya mahumu
ku menganggap ianya adalah ujian darinya
tiada jodoh diantara kita

aku pasrah
aku redha 
dengan apa yang terjadi
ku doakan agar dikau bahagia disampingnya


SPONTANEOUS THURSDAY # 9

DEKAT POLI RINDU RUMAH
BALIK RUMAH RINDU POLI
PARAH WEYHHH

Tuesday, November 22, 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

join contest by eqbalzack.com

pergi ke kedai membeli jajan,
kedai terletak di kampung satu,
hubungan pensyarah-pelajar jadi isu keutamaan,
mengapa ianya terjadi begitu,

       Berdasarkan serangkap pantun di atas jelaslah bahawa hubungan pensyarah-pelajar merupakan satu isu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini. menjalinkan hubungan serius atau dalam erti kata yang lain hubungan cinta diantara pelajar dan pensyarah menjadi satu bualan yang semakin hari semakin meningkat. ada yang menyokong dan memberi kata-kata semangat dan tidak kurang juga dengan bilangan yang mencemuh golongan ini.

       Dalam dunia yang moden dan serba canggih ini, boleh dikatakan bahawa semua orang bercinta tetapi mengapa percintaan antara pelajar dan pensyarah menjadi isu sedangkan mereka juga adalah manusia yang menpunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi. hubungan itu suci dan kenapa ia perlu dicemarkan dengan umpatan, kejian dan fitnah. telah menjadi perkara biasa untuk pelajar dan pensyarah bercinta sekaligus mendirikan rumahtangga. contohnya, seorang pensyarah saya telah berkahwin dengan abang senior dan kini mereka telah bahagia.

       Walaubagaimanapun, mereka perlulah membezakan diantara peribadi dan juga pelajaran supaya tiada pelajar yang berasa tersisih oleh pensyarah tersebut dan mendapat markah yang rendah berbanding dengan pelajar yang mempunyai hubungan dengan pensyarah tersebut.

       Berpegang kepada konsep cinta itu agung dan suci, mereka perlulah mempunyai batas-batas semasa berada di dalam kelas supaya para pelajar yang lain tidak mengejek malahan yang lebih teruk lagi mengikut cara pensyarah tersebut kerana pepatah ada menyebut  cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

      Secara tuntasnya, semua hubungan adalah sesuatu yang suci tidak kira sama ada pensyarah dengan pelajarnya. impak-impak negatif yang akan wujud perlulah ditangkis bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

[260 patah perkataan]

tag : boy

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

sekali lagi MALAYSIA menjulang pingat emas....
tahniah HARIMAU!!!!!!!!!!!!!!
proud to be MALAYSIAN...

sang garuda sila balik dan menangis ramai-ramai...
tu la awai tadi hampa dok buat ramai sangat kan dah kalah

Final Sukan Sea 2011 | Malaysia vs Indonesia



Gomo Malaysia Gomo
Peteh Malaysia Peteh
Enjut Malaysia Enjut  
Hobin Malaysia Hobin
Kejor Malaysia Kejor 
Haria Malaysia Haria
Pulun Malaysia Pulun
Encang Malaysia Encang
 
Tatap Malaysia Tatap
Ligan Malaysia Ligan
 
Gegau Malaysia Gegau
Viva Malaysia Viva
Ghempuh Malaysia Ghempuh

SELAMANYA HARIMAU MALAYA, SELAMANYA SOKONG MALAYSIA

PERANGAI TAH APA-APA LA

wow sunyi sepi terus kat belog time final bola nie...Facebook pun tak ramai yang online....tahniah buat asraruddin bab berjaya score 1 time minit ke 34

walauapapun kat sini areda nak komen sal penyokong-penyokong garuda yang langsung tak profesional.....first sekali time lagu negaraku dimainkan...pakej booo bagai....hello kenapa nak boooo lagu negara orang...

didikan kurang +otak pun bangang = perangai macam haram

so sekarang nie moh la concentrate tengok bola....

DEMAM

Eh sekarang nie kan musim sukan sea....kalau korang perasan lah kan....malam nie kan...MALAYSIA lwn ngan INDONESIA untuk tentukan emas.......moh HARIMAU MALAYA kita baham GARUDA...
ekceli areda nie tak minat pun sukan mukan nie tambah-tambah lagi bola sepak...

ce korang bayangkan satu bola pas tu kejar ramai-ramai...hehehehehe..main la bola sorang satu tak yah dok rebut-rebut..kan best cam tuh....walaupun areda tak minat tapi disebabkan HARIMAU MALAYA main areda akan teman abah untuk tenok bola malam nanti...pastu nak jerit kuat-kuat :)

sejak areda dok baca paper kosmo ari-ari n tambah-tambah selalu dengar budak laki jerit kat kafe time tengok bola cam menarik ja....so minat tu ada la sikit-sikit tapi tak minat yang luar negara...nak yang HARIMAU MALAYA gak :)

debo jugak malam nie sebab haritu HARIMAU MALAYA dah menang dah lawan ngan INDONESIA...takut player garuda jadi aggresif..sebab sememangnya pun diorang tue kasar....

CHAIYOK-CHAIYOK MALAYSIA...
HARIMAU MALAYA KUARKAN TARING UNTUK MAMAH GARUDA







Saturday, November 19, 2011

TOURISM BASED COMMUNITY

hyep korunk...dah lama dah tak update belog yeala bizi study exam semua so nasib baik exam dah habis...so now i'm free!!!!dah bebas...
gud bye semester 5...hye ahkak n ahbang senior....WELCOME 2 SEMESTER 6...
dah2 asyik lari tajuk jer......

fokus-fokus....
tourism based community nie sebenarnya tajuk yang areda n kawan-kawan dapat untuk final projek sem 6..see baru ja nak cuti sem..dapat pulak dah tajuk untuk final project sem 6....guess kat mana kami nak kena buat project nie...



okeyh dah bagi hint tempat tue nak kena naik flight...ce teka ce teka
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tada......

 SARAWAK

atau

SABAH

nampak tak betapa gumbiranya hati beta......bukan p untuk shopping okeyh tapi p buat kerja....dok dekat pendalaman taw.....dah2 banyak kerja g nak buat nie.....

p/s: nak bawak baju banyak mana??

p/s-p/s: nak buat activity apa ek tat sana??


Tuesday, November 15, 2011

:'(

NAK POST MACAM-MACAM BENDA TAPI TAK SEMPAT...TUNGGU LA BILA DAH ABIS EXAM OKEYH

Friday, November 11, 2011

:')

xsempat nak hapdate belog sebab bizi study untuk final exam...

byeeeeeee

Tuesday, November 8, 2011

Monday, November 7, 2011

BUDAK-BUDAK SEKARANG

Sekitar tahun 1980-an, ibu-bapa sangat senang hati dengan hidup. Walaupun tidak bekerja tinggi dan kaya raya, namun hasil yang diperolehi cukup malah lebih untuk menampung hidup sekeluarga. Bila anak-anak bermain diluar ibu-bapa tidak bimbang kerana mereka tidak perlu bimbang kemana anak-anak pergi, paling jauh pun ke kampung sebelah. Anak-anak sangat memahami ibu-bapa, tidak pula suka meminta-minta dan tidak ada pula sikap saling nak mendahului antara rakan.
Pergi sekolah hanya berjalan kaki saja, ada sesetengah yang menaiki basikal. Yang beruntung ada motor, bapa pergi dan ambil. Zaman itu bas sekolah, belum ada, motor pula hanya orang yang berharta lebih sikit dapatlah guna, nak pergi sekolah kena jalan sejauh 20km, redah hutan, hujan,  lecak, panas terik dan sebagainya. Budak-budak pergi sekolah pukul 4.30 dah bangun. Tapi orang dulu tetap gembira. Zaman sekarang?, boleh digelar zaman manja.

Budak-budak sekarang dah manja 
  • Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta pun tak guna, sebab semua dihabiskan anak-anak yang manja. Hujan lebat sikit dah sambung tidur lena, sebab dah tau tak boleh sekolah nak buat macamana?. Padahal sekolah sekangkang kera sahaja. Tambahan pula ada motor dan kereta, jadi budak-budak ni sebenarnya mengada-ngada.
  • tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa?, lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa. Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera. Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa?, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya
  • kena tegur sikit muka dah masam mencuka. Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya 
  •  Sehari belanja sekolah sampai RM5, tu belum campur kat skolah agama. Apa yang dijual kat sekolah semua mewah belaka, nugget, sosej dan burger itu dibelinya. Mak pesan bawak bekal haram dibuatnya, yela nanti nampak dek awek mana nak letak muka?. 
  • cuti sekolah  pergi CC saja, ayah dan mak dan mak tak boleh nak buat apa, yela anak kesayangan meraka la dia nya. Selalu ajak pergi kenduri asyik menolak sahaja, alasan yang diberi yang kahwin tu bukan kawan kita. Habis bila kau kawin nanti yang datang kawan-kawan kau sahaja ke?, kawan papa kawan mama tak payah tunjuk muka? 
  • Pergi kedai beli aiskrim pun nak bawak motor bapa. Padahal kedai tu jauhnya cuma depan mata, alasan panas nanti hitam la muka. Maklumla kecantikan kena jaga, nanti takde sapa nak takel.  
  • Dapat no 3 periksa nak hadiah komputer. Hadiah baju baru dah tak main dah. Alasannya kita mestilah ikut peredaran masa, perlu ada akaun Facebook dan Twitter baru la nampak bergaya. Bila ayah tanya boleh tak taipkan surat kat komputer, jawapan diberi nak belajar tapi takde masa. Padahal komputer tu dah nak masuk tahun kedua. Akaun Facebook ada 1243 kawan semuanya, follower twitter ada beratus lah jua. Last-last belajar ntah kemana, duk mengadap komputer ntah buat apa-apa. Keputusan merosot setiap masa. 
  • Makan nak sedap aja. Ikan masin dan telur goreng dah tak dipandangnya. Syarat wajib ayam takpun dagung mesti ada. Sayur dah kompom tak makan punya, kalau ada pun sayur yang jenis lembut yang dipilihnya 
  • Generasi terbilang dah hilang kilatnya. Semua remaja pakat nak bebas saja. I dan U istilah biasa, konon hebat BI padahal meraban ntah apa-apa. Lelaki perempuan bercinta dah memang lumrah manusia, tapi kalau umur 14 tahun nak bercouple apa kejadahnya? ayah dan mak rilek aja. Maklumlah mereka kan sporting orangnya. Anak emas ditatang sepenuh nyawa, akhirnya menconteng arang dimuka. 
  • Tak macam  dulu Malaysia lebih bermakna, berbanding Malaysia sekarang yang ramai orang manja. Kalau dulu Jepun serang kita bersiap siaga. Kalau kali ni diserang kita menyorok dalam selimut jela.

KANAK-KANAK ZAMAN 90AN

Bagi kanak-kanak yang lahir pada taun 90an kehidupan mereka tak sama macam kanak-kanak yang lahir  tahun-tahun le pas tue....Korang yang lahir pada tahun 90 an mesti masa sekolah rendah dulu:

-Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu,vitagen pon macam tu jugak…

-kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…

-RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…

-Pakai pensel box yang ada dua tingkat bila bukak ala-ala cam katil dua tingkat tue... :)

-Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…

-Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…

-Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…

-Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.

-Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kotPebarang pakai CD cepat rosak…

-Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…

-Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…

-Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…

-Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…

-Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan macam-macam lagi...

Jangan lupa semua benda ni pasal budak budak sekarang dah tak sempat nak layan benda-benda macam ni… Masing-masing sibuk melayan PS, PSP, XBox then menghadap tv yang makin bervariasi rancangan kartunnya…
Indahnya zaman kanak-kanak dulu… Hari-hari kompem kene maki… Tapi x de buat perangai macam budak-budak zaman skunk nie…

Thursday, November 3, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 8

ESOK NAK BALIK WEYH
SELAMAT ARIEY RAYA AIDILADHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz