klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Tuesday, November 22, 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

join contest by eqbalzack.com

pergi ke kedai membeli jajan,
kedai terletak di kampung satu,
hubungan pensyarah-pelajar jadi isu keutamaan,
mengapa ianya terjadi begitu,

       Berdasarkan serangkap pantun di atas jelaslah bahawa hubungan pensyarah-pelajar merupakan satu isu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini. menjalinkan hubungan serius atau dalam erti kata yang lain hubungan cinta diantara pelajar dan pensyarah menjadi satu bualan yang semakin hari semakin meningkat. ada yang menyokong dan memberi kata-kata semangat dan tidak kurang juga dengan bilangan yang mencemuh golongan ini.

       Dalam dunia yang moden dan serba canggih ini, boleh dikatakan bahawa semua orang bercinta tetapi mengapa percintaan antara pelajar dan pensyarah menjadi isu sedangkan mereka juga adalah manusia yang menpunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi. hubungan itu suci dan kenapa ia perlu dicemarkan dengan umpatan, kejian dan fitnah. telah menjadi perkara biasa untuk pelajar dan pensyarah bercinta sekaligus mendirikan rumahtangga. contohnya, seorang pensyarah saya telah berkahwin dengan abang senior dan kini mereka telah bahagia.

       Walaubagaimanapun, mereka perlulah membezakan diantara peribadi dan juga pelajaran supaya tiada pelajar yang berasa tersisih oleh pensyarah tersebut dan mendapat markah yang rendah berbanding dengan pelajar yang mempunyai hubungan dengan pensyarah tersebut.

       Berpegang kepada konsep cinta itu agung dan suci, mereka perlulah mempunyai batas-batas semasa berada di dalam kelas supaya para pelajar yang lain tidak mengejek malahan yang lebih teruk lagi mengikut cara pensyarah tersebut kerana pepatah ada menyebut  cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

      Secara tuntasnya, semua hubungan adalah sesuatu yang suci tidak kira sama ada pensyarah dengan pelajarnya. impak-impak negatif yang akan wujud perlulah ditangkis bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

[260 patah perkataan]

tag : boy

6 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)

cute rasberry said...

thanks ya nadh

AciDFlynNWraitH said...

Semoga berjaya, penulisan yang bagus

cute rasberry said...

thank u..nie pown dah lama tak menulis

My Name is Mar said...

pehhhh..,. karangan betul ni!

cute rasberry said...

mar...saja ja tulis karangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz