Sekitar tahun 1980-an, ibu-bapa sangat senang hati dengan hidup. Walaupun tidak bekerja tinggi dan kaya raya, namun hasil yang diperolehi cukup malah lebih untuk menampung hidup sekeluarga. Bila anak-anak bermain diluar ibu-bapa tidak bimbang kerana mereka tidak perlu bimbang kemana anak-anak pergi, paling jauh pun ke kampung sebelah. Anak-anak sangat memahami ibu-bapa, tidak pula suka meminta-minta dan tidak ada pula sikap saling nak mendahului antara rakan.
Pergi sekolah hanya berjalan kaki saja, ada sesetengah yang menaiki basikal. Yang beruntung ada motor, bapa pergi dan ambil. Zaman itu bas sekolah, belum ada, motor pula hanya orang yang berharta lebih sikit dapatlah guna, nak pergi sekolah kena jalan sejauh 20km, redah hutan, hujan, lecak, panas terik dan sebagainya. Budak-budak pergi sekolah pukul 4.30 dah bangun. Tapi orang dulu tetap gembira. Zaman sekarang?, boleh digelar zaman manja.
Budak-budak sekarang dah manja
- Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta pun tak guna, sebab semua dihabiskan anak-anak yang manja. Hujan lebat sikit dah sambung tidur lena, sebab dah tau tak boleh sekolah nak buat macamana?. Padahal sekolah sekangkang kera sahaja. Tambahan pula ada motor dan kereta, jadi budak-budak ni sebenarnya mengada-ngada.
- tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa?, lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa. Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera. Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa?, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya
- kena tegur sikit muka dah masam mencuka. Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya
- Sehari belanja sekolah sampai RM5, tu belum campur kat skolah agama. Apa yang dijual kat sekolah semua mewah belaka, nugget, sosej dan burger itu dibelinya. Mak pesan bawak bekal haram dibuatnya, yela nanti nampak dek awek mana nak letak muka?.
- cuti sekolah pergi CC saja, ayah dan mak dan mak tak boleh nak buat apa, yela anak kesayangan meraka la dia nya. Selalu ajak pergi kenduri asyik menolak sahaja, alasan yang diberi yang kahwin tu bukan kawan kita. Habis bila kau kawin nanti yang datang kawan-kawan kau sahaja ke?, kawan papa kawan mama tak payah tunjuk muka?
- Pergi kedai beli aiskrim pun nak bawak motor bapa. Padahal kedai tu jauhnya cuma depan mata, alasan panas nanti hitam la muka. Maklumla kecantikan kena jaga, nanti takde sapa nak takel.
- Dapat no 3 periksa nak hadiah komputer. Hadiah baju baru dah tak main dah. Alasannya kita mestilah ikut peredaran masa, perlu ada akaun Facebook dan Twitter baru la nampak bergaya. Bila ayah tanya boleh tak taipkan surat kat komputer, jawapan diberi nak belajar tapi takde masa. Padahal komputer tu dah nak masuk tahun kedua. Akaun Facebook ada 1243 kawan semuanya, follower twitter ada beratus lah jua. Last-last belajar ntah kemana, duk mengadap komputer ntah buat apa-apa. Keputusan merosot setiap masa.
- Makan nak sedap aja. Ikan masin dan telur goreng dah tak dipandangnya. Syarat wajib ayam takpun dagung mesti ada. Sayur dah kompom tak makan punya, kalau ada pun sayur yang jenis lembut yang dipilihnya
- Generasi terbilang dah hilang kilatnya. Semua remaja pakat nak bebas saja. I dan U istilah biasa, konon hebat BI padahal meraban ntah apa-apa. Lelaki perempuan bercinta dah memang lumrah manusia, tapi kalau umur 14 tahun nak bercouple apa kejadahnya? ayah dan mak rilek aja. Maklumlah mereka kan sporting orangnya. Anak emas ditatang sepenuh nyawa, akhirnya menconteng arang dimuka.
- Tak macam dulu Malaysia lebih bermakna, berbanding Malaysia sekarang yang ramai orang manja. Kalau dulu Jepun serang kita bersiap siaga. Kalau kali ni diserang kita menyorok dalam selimut jela.
No comments:
Post a Comment