klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Friday, January 4, 2013

Panas- :kes bunuh diri di politeknik

ARAU: Perasaan tidak sedap hati teman lelaki kepada seorang pelajar perempuan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), dekat sini, ternyata berasas apabila dia menemui mayat teman wanitanya itu yang dipercayai membunuh diri, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, misteri kehilangan Prema Parthiban, 20, sejak dua hari lalu menjadi tanda tanya sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat wanita itu dalam bilik di tingkat empat Blok A asrama perempuan PTSS, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ishak Baharum berkata, mangsa yang berasal dari Kulim, Kedah dipercayai tidak hadir ke pejabat tempat dia melakukan latihan amali sebelum pihak penyelia dengan bantuan teman lelakinya mencarinya.

Menurutnya, usaha mencari mangsa bermula sejak awal pagi sebelum mereka ke biliknya dan ternampak mayat seorang wanita tergantung dan mengesahkan ia adalah Prema.

“Mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan kain sari pada kipas siling. Siasatan dipercayai mangsa sudah mati sejak lapan jam lalu,” katanya.


Mayat mangsa ketika itu berpakaian lengkap dengan baju t-shirt dan seluar trek tanpa menemui sebarang kesan pergelutan di dalam bilik berkenaan, tetapi terdapat kesan lebam di leher mangsa akibat jerutan sari yang digunakannya,” katanya.



Menurutnya, pihaknya juga percaya tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi bedah siasat.





Petikan harian metro : Kekasih cabut nyawa

p/s: seram tuh...dah la nak p konvo bulan 3 nanti...yang p bunuh diri tu awat la...pa la cari tempat lain nie tak dalam asrama...

3 comments:

Yasmin Aris said...

poli adek kite ni. ahha.
abes laa antu chandramuki merayau2 . huhu :P
Bace yasin byk2 ! :D

adda said...

yasmin : memang la merayau...sebelum nie pun kawasan tu keras...skunk tambah2 la

oni.asyraf said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz