klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Wednesday, August 31, 2011

Beraya di Rumah Blogger

hyep peeps..
amacam kencang tak tajuk.???selalu areda baca blogger2 retis yang selalu gathering sama2...
blogger2 biasa cam areda nie nan hado...tapi nak tunjukkan yang blogger biasa jugak boley...
so areda g terjah kampung blogger (boy) dearked...alang2 dah kampung kiteowg sama..so areda pun amek kesempatan la...

ekceli areda nie bukan la kencang nak main terjah rumah orang..mula2 areda text boy nak tanya dyer ada kat umah tak...so dyer ada..so g la terjah..bawak abis maktok, pak su n family n my family...

Sampai jer kat umah boy, maktok dah sibuk tanya..anak sapa?cucu sapa? cerita punya cerita rupa2nya kiteowang nie sedara....ha amek kau boy, dulu beria jer bila orang tanya kita nie sedara? matii2 kita nafikan...
kita just cakap sedara sesama islam..tapi rupa2nya memang betol kita sedara..xsangka mak noks...

dah la lama x berjumpa..sekali jumpa sedara pulak..memang gempak la....btw thanks untuk boy n family sebab layan kiteowg tadi...that is best bro.....
sama x muka kiteowg??

first day raya

hyep peeps...
korunk xabis raya lagik ek...g nama je korunk raya tahun nie??..dapat wet raya banyak tak???
penat giler...tapi belog mesti nak kena hapdate gak sebab semalam x sempat on9 langsung....
so korunk layan la gambar2 dipagi raya pertama ek...ekceli banyak g nak citer tapi tunggu la entry seterusnya


my family

 our family + kazen


parents + granny

us + granny

uncle + granny

grandchildren + granny
 big family..(ops x cukup la)







Monday, August 29, 2011

selamat hari raya

hye peeps...
tahun nie tahun pertama areda beraya dengan belog...kiranya tahun nie adala teman baru...
so dikesempatan nie areda nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kat semua blogger2 n stalker...
kot2 la ada yang x senang ngan penulisan areda.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

xde title la

hyep peeps..
sedar x sedar puasa dah habis sebulan..malam nie malam raya...mercun + bunga api dah sakan berbunyi...
sampai naik pekak telinga dibuatnya...tapi x pe la aidilfitri setahun sekali ja....so tahan la telinga


ekceli areda nak cita nie...tadi petang g la ziarah kubuh arwah tok n nenek kat tanah perkuburan islam jalan perak...kat situ ada 2 tanah perkuburan....kiranya bertentangan la antara 1 dengan lain...the tiba2 (kala)my aunty bersuara..


kala : mak kenapa kubur yang nie terpisah ngan yang lain2?
granny : yang sikit nie orang mati kena bunuh so kena letak asing..
areda : awat pulak kena letak asing?
granny : yeala macam nak gitau kesian kat depa, mati dibunuh....


owh begitu...dah umo 20 tahun baru areda taw napa ada dua..dulu ingat x muat satu tue yang tambah jadi dua...

Saturday, August 27, 2011

sampai jugak

hyep peeps...
wat per 2?
tengah masak ker...
areda hari nie just berbuka ngan beli nasik jer..
xmasak pun..
yeala td pagi lagi dah kuar g shopping...
ngan hujan lagi..
jalan kat penang yang sedia jem bertambah2 jem
sebab semua dah pakat balik kampung..

nie areda nak cita sal t-shirt kelab blogger ben ashaari..
dah sampai..
ekceli memang dah sampai lama dah..
tapi sebab areda yang x balik umah 
so nan hado la nak hapdate sal baju tue...







Friday, August 26, 2011

:)

dah sampai umah...
first time ari nie berbuka ngan family.....

Thursday, August 25, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 7

tahukah anda, " maaf , baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan "

::kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit ..

cuba kita bayangkan . suatu hari , satu suara berkata kepada kita ::
...
“ maaf , pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”

Renung - renungkan

hyep peeps..
sedar x sedar kita dah puasa masuk hari ke-25..kejap je lagi nak sambut syawal....

eh2..dah2 baik to main topic...akceli areda bukan nak cerita sal raya ke puasa ke tapi nak cita something yang lebey gempak yang areda n da gang jumpa masa ondaway nak balik bilik lepas habis kelas....

masa tengah jalan2..yela time hujan..jalan berbumbung penuh ngan student...so nmpak la 2 orang awek cun @ adik junior jalan betul-betul depan kiteorg...dressup memang terbaik la kata ko....siap ngan hana tajima lagi..
kelas uols...pakai kemeja n skirt labuh cotton hitam.kemeja tue dy tuck-in dalam skirt.
FYI,skirt cotton melekat dan nmpk susuk tubuh..adik, ahkak x kesah pown ko nak pakai apa...asal ko pakai baju..yea tak...tapi yang sakitkan mata areda n kawan2 is dy pakai G-String...

korang boley bayangkan x?[eh jgn bayangkan t batal lak posa] skirt yang melekat + g-string = nampak bontot dik oi.....kang tegur depan2 malu lak...x pasal2 kena sound balik ''ahkak jaga ja la kain ahkak,kang tercarik la''.

bukan nak kata areda nie perfect tapi ko pakai tudung but tunjuk yang dalaman kat orang...macam tak sesuai ja...nak pesan sikit nie kalau kita nie IPTA (P) xpe la ko nak pakai pe pun....nie IPTA yang campur jantina...eh2 ada ke IPTA perempuan ja??

p/s: bukan nak kutuk bulan2 posa..tapi untuk peringatan diri sendiri n buat kawan2

Wednesday, August 24, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 8 going home


info tentang saat kematian

 Tanda-Tanda Saat Kematian  
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.  
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.   
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.  
7 hari : Mengidam makanan.  
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.  
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.  
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.  
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.  
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). 
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.  

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******  Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:  "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:  "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."  Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.  

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:  "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu  Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:  "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."  Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:  "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."  Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:  "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:  "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.  Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.  

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-  
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.  
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.  
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.  
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.  
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.  
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."  

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-  
1. Orang-orang yang mati syahid.  
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 

Monday, August 22, 2011

ZIARAH RAYA BLOG

nak join??kelik banner okeyh

nama : areda
raya dekat : penang
ucapan : selamat hari raya untuk semua blogger...kutip duet raya banyak2

.......................................................

Ayam: Kambing, pahabaq?
Kambing: Baik baq ang. 2dya,ayam, sgak kemain lg nk p mna?
Ayam: xdak p mna pun. Sj nk tgk riaksi ang
Kambing: Tpy kan ayam, mcm mn pun hang b'hias,ja lan ttp kaki ayam,kan?
Ayam: ktuk aku noee,hang lg truk dr aq baq ang!
...Kambing: Awt pulak?
Ayam: Nmpk mcm alim. Bela janggut . Tpy TELOQ duk nmpk t'gantung ! 
kesimpulan yang kita ley wat dari dialog tue...kita  jangan dok kutuk orang sangat..setiap makhluk tue ada kelemahan masing - masing... xsemua benda perfect dalam dunia nie

Saturday, August 20, 2011

Mana MAK???

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

taken from facebook

sKeTsA

Adik : abg tahu x bila perempuan yg tak suka tutup aurat akan mula menutup auratnya dgn sempurna?
Abg : masa haji kot adik,
Adik : salah...cuba teka lagi,
abg : masa kawin??? 
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Abg : apa dia dik?? abg xtau la.
Adik : tadi ustazah cakap kat skolah , perempuan yang tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia diKAFANKAN..maka akan tutup buat selamanya

Thursday, August 18, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 6

anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?...
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh.
 
p/s : p tanya ayah pulak napa mak telan adik

Wednesday, August 17, 2011

nuzul quran

hyep peeps..
sebut je sal nuzul quran semua hepi..
sebab apa??? sebab dapat cuti??
kalau tue yang korunk fikirkan baik tak yah...
korang tau x apa yang berlaku sampai korunk ley cuti??

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 
Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     

WORDLESS WEDNESDAY # 7 Yummy


Monday, August 15, 2011

Pengalaman mandi kat petak basuh

hyep peep...
korunk penah x ada pengalaman mandi beramai2 kat petak basuh?
apa tue petak basuh?
petak basuh tue tempat untuk basuh baju...

ha nie la pengalaman areda selama 5 semester untuk mandi kat petak basuh kolej..
sebab dah dua hari xdak air...
bila ada air, semua serbu la mandi
mandi ramai - ramai berkemban okeyh uols....
memang best giler kata ko...
seronok sangat..
benda baru yang kita xpernah buat....

2nd mini project

Hyep peeps..
dah alang-alang dok kat kolej so nak citer la sal project 
group areda yang dah hampir 99% ciap
first op all project nie 
untuk subjek visitor interpretation
interpretation bermaksud kita mengubah sesuatu tempat untuk menjadikan
ia sebagai tempat yang menyediakan banyak sumber rujukan...

so group areda dapat kafetaria untuk diinterpretasikan...
so lepas dah lakar idea, presentation...
kami kena buat plak model kafe yang kami nak ubah tue...














Sunday, August 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

kelik banner kalau nak join

Saturday, August 13, 2011

air

air.....agak2 korunk lah kan air tue penting x?
mesti la penting kan...kalau x da air cam ne
nak mandi,basuh baju, masak....
tapi kat PERTHLISS nie masalah air dah basi...
since areda sem 1 lagi....mesti ada ja time x de air...
or setiap kali areda dok blok..blok tue mesti xda air...
hairan2....
masa sem 1, minggu kedua kat cini, air dah xda....
sem 2 pun sama gak siap mandi ngan air pili  bomba
sem 3..mantain lagi ngan pili bomba..
yang pelik tue...hujan lebat n musim banjir but air still xda
sem 5...baru jer kat sini...
blok b5 selalunya ada air tapi bila areda duduk air pun xda...
nie kali kedua air xdak....
xdak sapa nak tolong ker????
areda lebih rela xdak elektrik dari xdak air

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

 kelik banner kalau nak join

tag

Thursday, August 11, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 5

done with da interview

Wednesday, August 10, 2011

INTERVIU LI

hyep peeps...
lepas balik je dari praktikal
areda nak kena ngadap plop ngan interbiu
ekceli orang lain dah settle lama dah interbiu
tapi areda n kawan2 x sempat g kena interbiu
kalau tak nak buat hujung bulan 7..
dalam 29 cam tue
tapi nak buat cam na kan lecturer yang in charge areda
cuti kecemasan..
so nak x nak 
areda redha je la....
so skunk nie majoriti dak2 sem 5 dah siap ngan interbiu
tapi areda nan hado....
pas tue semalam lec tue dah balik...
siap g confirmkan tarikh nak interbiu..
so masing2 dah semangat...
yeala lagi x lepas interbiu rasa cam ada masalah berat ja....
so pagi tadi beria la areda ngan kawan2 siap
pakej pakai baju cantik2 lagi..
tunggu punya tunggu..
then dah lama sangat..membe areda kol la lec tue
sekali dy cakap dyer mc....
demam....
arhggggggggg penat mak siap taw...
bangun awal lagi...
pas tue cancel.....

p/s: puan apakata kami just hantar slide je..xyah present....heheheheh

WORDLESS WEDNESDAY # 6 REDANG ISLAND


Tuesday, August 9, 2011

Sunday, August 7, 2011

SEGMEN: Sahabat Ramadhan

nak join??kelik banner okeyh

BULAN RAMADHAN SAYA@AKU biasa-biasa jer sebab sambut kat kolej...


SEGMEN AYU : LAGU RAYA KESUKAANKU

bulan2 puasa nie elok la kalau nak join segmen
sebab bila x makan, idea pun kering
 kelik banner kalau teringin nak join


APAKAH LAGU RAYA KESUKAAN ANDA APABILA TIBANYA HARI RAYA?
 
areda suka lagu pulanglah by aishah

Saturday, August 6, 2011

"Segmen: Memori Ramadhan by Sakura"


pengalaman puasa yang best...
hurm okeyh meh sini nak story cket..
areda masa zaman sekolah la...
dari darjah 1 sampai la form 5.
memang liat nak bangun sahur...
masa kecik2 mama yang suapkan nasi...
sebab kalau makan sendiri alamatnya nasi tak habis la...
lama gak la mama suap..
agak2 sampai form 3...
sampai adik cakap mama nie dok suap bu sampai besaq...
hehehehe
pas mama dah x berapa nak suap kena la makan sendiri
yang best tue areda bangun sahur tapi mata x bukak...
heheheee hebat x??
mata x buka sebab pas makan nak tido balik..
kalau bukak mata n kena cahaya lampu...
sure dah x ngantok..
so nak jga tido areda akan makan sambil memejamkan mata...
makan pun sikit je....
buat syarat jer bangun tue...
hehehhehe
tue pengalaman yang memang orang tak buat tapi areda buat...
hehehehehehh

BERUBAH

Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…

Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…
Gelap seluruh jiwaku..

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

ohoo..
Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…

Semuanya telah berakhir
ohooo..
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…
hooo…
Semuanya telah berakhir…

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

Oh.. Kasih…

Friday, August 5, 2011

HARI KE 5 RAMADHAN

hyep peeps
sedar tak sedar dah 5 hari kita puasa kan?
so korunk macam mana?
okey ke KO?
areda 50% ok 50% KO...
yela dok kat asrama bilik tingkat 5 n blok paling hujung kata ko..
penat dyer hanya tuhan yang tahu..
sahur???
sahur memang nan hado la nak bangun bagai..
areda bukan orang yang rajin nak bangun sahur
tambah2 sahur ngan roti..
memang tak la
walaupun areda taw yang bangun sahur dapat pahala
areda tetap x bangun..
kalau kat rumah bangun la
sebab mama masak sedap...


Thursday, August 4, 2011

CONTEST HARI RAYA (Tajaan DropletHouse)

 okeyh nie pic raya tahun lepas
tahun 2010
hari raya pertama
as u can see
yang perempuan kaler pink
n laki blue+pink

tag
yeen


last but not least
beg pilihan hati areda


PROJEK 4 PRESENTATION

hyep peeps
sowie lama x hapdate belog
buzy memanjang la
tambah2 bulan posa
so ari nie nak story sal
projek

 nie projek untuk presentation tour guide company..
yang hijau putih macam tapak dam is lantai untuk syarikat..
kreatif x???
yang tue ibarat mosaic...
 yang nie plak laptop n handfon by my fwen...
sweet kan
just guna plastesin

 yang nie pulak bilik meeting
yang macam jelly tue is baby cristal
thumbtack is our mic

 pandangan dari atas 
setelah siap...
canteeek x???



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz