klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Monday, February 13, 2012

MAINAN ZAMAN DOLU-DOLU

1. Main baling selipar
Dulu kecik-kecik mainan nie paling famous. Sape baling boleh jatuhkan semua selipar memang dah kira hebat lah tu. Mangsa adalah selipar jepun yang keras. Yang ringan-ringan tak layan sebab kalau baling melayang dah rugi mata nanti.

2. Main baling Tin
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi.

3. Polis entry
kalau kami dulu kecik-kecik tak panggil polis entry tapi kami panggil main ice water. Lucu kan? Sapa yang jadi kena kejar orang cuit lepas tu duduk mencangkung kalau tak nak jadi. main lah kejar-kejar sampai kene cuit orang lain. HAHA

4. Main lompat getah
Yang nie pon pemes gak. kumpul-kumpul getah and buat getah memanjang.


5. Galah panjang
Yang nie pon best. Kalau main reramai lagi best lah kompom suara kawan-kawan menjerit bagi arahan. Kejap lagi ada yang mengagah-agah lawan sebab nak lepas ke next station. hehe. Kalau salah sorang buat spoil nanti semua geng salahkan dia. Terpaksa bagi chance kat pihak lawan. hehe

6. Main guli
Yang nie budak-budak laki memang menggila. Dulu kat rumah nie rasa dah macam rumah guli. Penuh dengan guli berwarna-warni dan bermacam pasen. Asal ada keluaran baru  mesti beli. Ada macam-macam saiz plak tu.

7. Main gasing
Yang nie pernah jugak lah main tapi tak ada lah macam kemaruk sangat. Siap tu gasing berpusing atas tapak tangan. hebat betol!


8. Main datuk harimau
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau.

9. Main layang-layang
Tang mainan nie memang ikut musim angin. Biasa port kami kat atas bukit masjid. Sorang sampai ada 2-3 layang-layang. Kang kalau sangkut atau terputus ganti layang-layang baru. Layang-layang masa tu pon tak macam layang-layang zaman sekarang dah macam-macam rupa ada. Dulu balik-balik kartun otromen and dinasor jer yang ada. HAHA

10. Batu seremban
Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama.
game nie lambung-lambung batu ja 

11. Main tudung tin
Korang tau kan mainan apa tu? Ke ada yang tak tahu? Biasa budak-budak akan masuk kedai makan lepas tu mintak pungut penutup botol coca-cola. Sebab penutup botol tu nanti di ketuk dan dibuat main.


12. Main nyorok-nyorok
Mainan nie biasa kena had kan besar kawasannya supaya orang yang jadi tu tak susah nak mencari orang yang menyorok. Kelakar betol ingat lagi dulu main nyorok-nyorok sampai masuk rumah orang sebab nak menyorok. Tapi kantoi jugak. HAHA

13. Main kereta control
Yang nie ada pernah musim. Lama juga kalau datang musim kereta control dan kalau nak tunggu musim nie pon lama. Mainan nie biasa memang perlukan kos yang tinggi sikit sebab kereta control time tu tak semua orang mampu beli. Tapi masa tu mahal-mahal pon dalam rm10 jer.

14. Main teng-teng
Permainan nie paling pemes. Semua orang pernah main kan?? dulu zaman kecik-kecik kalau main mainan nie mesti nak pilih sape paling teror jadi geng. Kan? kan?

Saturday, February 4, 2012

TIPS - TIPS KAHWIN AWAL










a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.

Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.

Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


b) wang simpanan yang cukup.

Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.


c) tanggungjawab.

Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu.

Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.


d) restu ibu bapa.

Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.


e) bertolak ansur.

Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki.

Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz