klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Wednesday, December 14, 2011

Surat Tunjuk Sebab Tidak Dapat Hadir Ke Kelas.

 


 
Mohd Kuat Tido Bin Semua Kuat.
No 897, Perumahan Pelajar Malas, 
99999 Port Tido, 
Negeri Seratus.                                   32 BULAN 1 2013 _______________________________________________________  
En. Malangnye Nasib Aku. 
Pensyarah Suka Tido, 
Universiti Pelajar Dan Lecturer Same Je,
Cawangan Port Tido,
99999 Port Tido, Negeri Seratus. 
 
Tuan/Puan,  
Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Ke Kelas  
 
Saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas. 
 
2. Merujuk perkara diatas saya Mohd Kuat Tido Bin Semua Kuat ingin memberitahu kepada En. Malangnye Nasib Aku Bin Sebab Dapat Student Macam Ko bahawa sebab-sebab kenapa saya tidak dapat hadir ke kelas hari itu. Ini kerana pada hari Isnin pada tarikh -1 Ogos 2020 saya tidak mampu untuk hadir ke kelas. *Sila abaikan surat ini sekiranya Encik tak perasan saya tak hadir hari tu eh. Ok? Baiknye Encik ni. Tak sangke. Tsk tsk tsk.  
 
3. Ini kerana pada hari tersebut saya tidak berapa nak sihat sangat untuk hadir ke kelas. Saya berasa kepala saya begitu pening hinggakan saya tidak mampu untuk bangun apatah lagi pergi ke kelas. Bayangkanlah betapa teruknya saya punya pening. Oleh itu saya tidak mampu untuk datang ke kelas. *Ni tulis surat ni pun tengah pening lagi tau. Kalau saya mati pening sebab tulis surat ini, siaplah Encik tunggu la apa balasannya nanti. I will call my lawyer! See you at the court! No mercy kau aku cakap.  
 
4. Selain itu selain pening, saya sebenarnya mengalami masalah tidur awal di waktu malam. Encik dan yang lain-lain mungkin tak tahu penderitaan saya ni. Hipotesisnya macam ini, semakin bertambah awal saya tidur maka semakin bertambah susah saya nak bangun. Kesimpulannya pula macam ini, Jika saya tidur lewat jangan haraplah nak suruh saya bangun awal gila ke hape ngantuk siot. Maafkan saya terkasar bahasa.  
 
5. Lagi, selain itu saya juga hendak memberitahu bahawa saya sebenarnya sangat tak suka tengok muka Encik yang hensem itu. Tengok Encik sahaja dah cukup membuatkan darah dalam badan saya menyirap pulak aku haih. Selain sebenarnya saya tipu, Encik tak hensem sebab tu tak suka sangat, Encik juga amat gatal. Gatal betul kau tu tua buat cara tua. Encik kenal Siti? Siti Bon Bon? Dia itu GF saya, tapi saya lihat Encik selambe je suka menggatal dengan dia. Kenapa? *Sila tulis surat tunjuk sebab kenapa menggatal dengan Siti GF saya itu. Biasa betul.  
 
6. Akhir kata, saya juga berharap supaya Encik dapat memberikan saya peluang untuk saya menduduki peperiksaan akhir bagi subjek yang Encik ajar tu, nama apa entah saya lupa la. Maaf sangat-sangat. Sekali lagi saya meminta jasa baik Encik untuk memaafkan saya kerana ke tidak hadir ke kelas Encik dan juga memberikan saya peluang untuk saya menduduki peperiksaan akhir bagi subjek tersebut. Diharapkan juga Encik tak payah awasi kami semasa peperiksaan akhir itu sebab saya nak meniru. *Pelajar yang lain pun sama je.

1 comment:

Shiema Sufian said...

haha. surat mintak pelempang je nieyh (: haaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz