klik cepat ader cita best

nak pitih???klik sini

Tuesday, November 8, 2011

Monday, November 7, 2011

BUDAK-BUDAK SEKARANG

Sekitar tahun 1980-an, ibu-bapa sangat senang hati dengan hidup. Walaupun tidak bekerja tinggi dan kaya raya, namun hasil yang diperolehi cukup malah lebih untuk menampung hidup sekeluarga. Bila anak-anak bermain diluar ibu-bapa tidak bimbang kerana mereka tidak perlu bimbang kemana anak-anak pergi, paling jauh pun ke kampung sebelah. Anak-anak sangat memahami ibu-bapa, tidak pula suka meminta-minta dan tidak ada pula sikap saling nak mendahului antara rakan.
Pergi sekolah hanya berjalan kaki saja, ada sesetengah yang menaiki basikal. Yang beruntung ada motor, bapa pergi dan ambil. Zaman itu bas sekolah, belum ada, motor pula hanya orang yang berharta lebih sikit dapatlah guna, nak pergi sekolah kena jalan sejauh 20km, redah hutan, hujan,  lecak, panas terik dan sebagainya. Budak-budak pergi sekolah pukul 4.30 dah bangun. Tapi orang dulu tetap gembira. Zaman sekarang?, boleh digelar zaman manja.

Budak-budak sekarang dah manja 
  • Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta pun tak guna, sebab semua dihabiskan anak-anak yang manja. Hujan lebat sikit dah sambung tidur lena, sebab dah tau tak boleh sekolah nak buat macamana?. Padahal sekolah sekangkang kera sahaja. Tambahan pula ada motor dan kereta, jadi budak-budak ni sebenarnya mengada-ngada.
  • tengok kawan lain pakai henpon dia pun nak guna, ditanya ayah kamu nak buat apa?, lalu dijawab senang nak telefon kalau ada apa-apa. Dibeli si ayah henpon nokia biasa, ditolaknya si anak sebab nak yang berkamera. Ditanya lagi siayah kau nak telefon ke nak buat apa?, dijawab si anak nanti malu dengan kawan-kawan yang lagi canggih darinya
  • kena tegur sikit muka dah masam mencuka. Tarik hidung tarik muka sampai ke besok lusa, sebab ayah lambat ambil kat sekolah je halnya 
  •  Sehari belanja sekolah sampai RM5, tu belum campur kat skolah agama. Apa yang dijual kat sekolah semua mewah belaka, nugget, sosej dan burger itu dibelinya. Mak pesan bawak bekal haram dibuatnya, yela nanti nampak dek awek mana nak letak muka?. 
  • cuti sekolah  pergi CC saja, ayah dan mak dan mak tak boleh nak buat apa, yela anak kesayangan meraka la dia nya. Selalu ajak pergi kenduri asyik menolak sahaja, alasan yang diberi yang kahwin tu bukan kawan kita. Habis bila kau kawin nanti yang datang kawan-kawan kau sahaja ke?, kawan papa kawan mama tak payah tunjuk muka? 
  • Pergi kedai beli aiskrim pun nak bawak motor bapa. Padahal kedai tu jauhnya cuma depan mata, alasan panas nanti hitam la muka. Maklumla kecantikan kena jaga, nanti takde sapa nak takel.  
  • Dapat no 3 periksa nak hadiah komputer. Hadiah baju baru dah tak main dah. Alasannya kita mestilah ikut peredaran masa, perlu ada akaun Facebook dan Twitter baru la nampak bergaya. Bila ayah tanya boleh tak taipkan surat kat komputer, jawapan diberi nak belajar tapi takde masa. Padahal komputer tu dah nak masuk tahun kedua. Akaun Facebook ada 1243 kawan semuanya, follower twitter ada beratus lah jua. Last-last belajar ntah kemana, duk mengadap komputer ntah buat apa-apa. Keputusan merosot setiap masa. 
  • Makan nak sedap aja. Ikan masin dan telur goreng dah tak dipandangnya. Syarat wajib ayam takpun dagung mesti ada. Sayur dah kompom tak makan punya, kalau ada pun sayur yang jenis lembut yang dipilihnya 
  • Generasi terbilang dah hilang kilatnya. Semua remaja pakat nak bebas saja. I dan U istilah biasa, konon hebat BI padahal meraban ntah apa-apa. Lelaki perempuan bercinta dah memang lumrah manusia, tapi kalau umur 14 tahun nak bercouple apa kejadahnya? ayah dan mak rilek aja. Maklumlah mereka kan sporting orangnya. Anak emas ditatang sepenuh nyawa, akhirnya menconteng arang dimuka. 
  • Tak macam  dulu Malaysia lebih bermakna, berbanding Malaysia sekarang yang ramai orang manja. Kalau dulu Jepun serang kita bersiap siaga. Kalau kali ni diserang kita menyorok dalam selimut jela.

KANAK-KANAK ZAMAN 90AN

Bagi kanak-kanak yang lahir pada taun 90an kehidupan mereka tak sama macam kanak-kanak yang lahir  tahun-tahun le pas tue....Korang yang lahir pada tahun 90 an mesti masa sekolah rendah dulu:

-Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu,vitagen pon macam tu jugak…

-kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…

-RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…

-Pakai pensel box yang ada dua tingkat bila bukak ala-ala cam katil dua tingkat tue... :)

-Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…

-Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…

-Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…

-Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.

-Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kot… Pebarang pakai CD cepat rosak…

-Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…

-Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…

-Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…

-Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…

-Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan macam-macam lagi...

Jangan lupa semua benda ni pasal budak budak sekarang dah tak sempat nak layan benda-benda macam ni… Masing-masing sibuk melayan PS, PSP, XBox then menghadap tv yang makin bervariasi rancangan kartunnya…
Indahnya zaman kanak-kanak dulu… Hari-hari kompem kene maki… Tapi x de buat perangai macam budak-budak zaman skunk nie…

Thursday, November 3, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 8

ESOK NAK BALIK WEYH
SELAMAT ARIEY RAYA AIDILADHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POLI Bloggerz